TERKINI: Jaga Umno, jangan jatuhkan parti keramat ini, pesan Najib



DS Rosmah kata, DSN berpesan kepada kita semua supaya kekal bersama UMNO dan memperkuatkan UMNO.

Jadi itulah stand DSN yang kita tunggu-tunggu selama ini.

Walau belum dapat pengampunan, DSN masih menyokong UMNO sekarang.

Jadi semua story lain yang suruh kita boikot/tinggalkan UMNO dari orang lain yang kononnya biasa dijemput sarapan/ makan tengahari/ minum teh/ dinner dengan DSN ni semua kita boleh abaikan sebab ternyata bukan kehendak DSN.

Ia sebenarnya adalah kehendak geng PN.



Cerita semalam.

Sebak di hati apabila rakan2 lama Bossku meraikan kenangan manis dengan beliau sejak kami berkenalan dari tahun 1987 lagi, apabila DSN adalah Ketua Pemuda Umno.

Terima kasih tak terhingga kepada ahli ahli Kelab Sahabat Najib 87 atas jemputan kepada saya dan Yana untuk hadir bersama walaupun DSN tiada bersama kami.

Saya ingat lagi pada tahun lepas, beliau turut bersama di majlis yang sama juga.

Mudah mudahan pada tahun hadapan kita dapat bersama lagi, kali ini bersama Bossku.


Sempat saya sampaikan pesanan Bossku untuk jaga Umno baik2 dan jangan jatuhkan parti keramat ini.

Jangan lupakan pengorbanan nenek moyang kita semasa memperjuangkan Umno demi masa depan orang Melayu di negara ini.

Adalah tanggungjawab kita untuk mempertahankan parti ini dan beri kekuatan yang sewajarnya kepada pemimpin dan ahli2 Umno untuk berdiri tegak dan melawan segala tuduhan yang tidak berasas yang ditujukan kepada parti.




Join our Telegram Channel
Telegram