Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad membayangkan seakan ada motif tersembunyi di sebalik keputusan PAS untuk bertemu dengan musuh lama Dr Mahathir Mohamad.
"Mungkin benar apa yang dikatakan oleh budak-budak netizen, PAS kini mencari sumber kewangan baru untuk membiayai partinya.
"Selepas akaun bank Abah dibeku, mungkin kini PAS mencari Atok pula yang dananya masih banyak dalam akaunnya, tanpa mengira berapa harga yang perlu dibayar,” katanya pada satu kenyataan malam tadi.
Abah merupakan nama panggilan untuk Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin manakala akaun parti itu telah dibekukan sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah.
Akaun Bersatu didakwa digunakan untuk menerima sogokan yang kemudiannya digunakan untuk membiayai kempen Perikatan Nasional pada pilihan raya tahun lalu.
Sementara itu, Mahathir, 97, dituduh mengumpul kekayaan sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri kali pertama dahulu - satu dakwaan yang dinafikannya.
Mahathir baru-baru ini menyaman Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana membuat dakwaan sedemikian.
Rabu lalu, pemimpin tertinggi PAS termasuk Presidennya Abdul Hadi Awang bertemu dengan Mahathir untuk menandatangani "Proklamasi Orang Melayu" - dokumen yang menggesa orang Melayu bersatu untuk "menyelamatkan" kaum mereka.
Sebelum ini, Hadi juga pernah berkongsi pentas dengan Mahathir semasa "Kongres Martabat Melayu" pada 2019.
Menjelaskan tindakannya menandatangani proklamasi itu, Hadi semalam berkata perjuangan berasaskan kaum ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Mangsa Memali 'mati katak', bukan mati syahid − Dr M
- PAS kini parti kafir, kata Tun M
- Hadi, pemimpin PAS jumpa Dr M, tandatangan 'Proklamasi Orang Melayu' (4 gambar)
- Perjuangan bangsa bukan lagi assabiyah, hebat politik bengkarung Hadi dan PAS − Shahrir
- 'Lepas akaun bank Abah dibeku, PAS cari Atok pula'
- Nyawa Bersatu di hujung kuku PAS
- Hadi peluk semua, jenis lalang berkepentingan − Isham
- Hadi: Orang Melayu jahil, macam kera, banyak sakau hingga kaya raya, terima dan beri rasuah, kecuali yang sokong Mahathir
- Pakatan Hadi-Dr M menerusi Proklamasi Orang Melayu bakal hakis pengaruh Muhyiddin
- Hadi hanya tersenyum sumbing apabila ditanya isu Memali pada sidang media bersama Dr M
Join our Telegram Channel