Payudara diraba ketika turun gelongsor di taman tema



KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan suspek lelaki bagi membantu siasatan selepas disyaki mencabul seorang perempuan di taman tema air 18 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, polis telah mengesan dengan satu hantaran yang telah dimuatnaik oleh sebuah portal berita tempatan semalam.

Wanita dalam laporan itu mendakwa dicabul di sebuah taman tema di Saujana Putra.


Hasil siasatan polis mendapati pada 18 Mei lalu jam lebih kurang 10.30 pagi, pihak polis telah menerima laporan dari seorang wanita, 28, mendakwa telah diraba di bahagian payudara semasa berada di dalam kolam di taman tema itu.

Kejadian itu berlaku semasa dia menuruni gelongsor.

“Apabila sampai di dalam kolam, pengadu mendapati seseorang individu telah menarik dan menyentuh bahagian depan badan serta payudara semasa dia masih dalam air,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Susulan insiden itu, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul yang memperuntukan penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana jika disabitkan kesalahan.

Mana-mana individu yang menjadi saksi kejadian diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan bagi menyalurkan maklumat dan boleh menghubungi bilik gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-31872222. −  MG



Join our Telegram Channel
Telegram