Ranau: Remaja lelaki ditahan selepas berkelakuan tidak senonoh mengintai dan merakam seorang wanita di dalam tandas di sebuah stesen minyak di daerah ini.
Kejadian berlaku pada 29 April lalu, suspek berusia 19 tahun menggunakan telefon bimbitnya merakam mangsa ketika sedang membuang air kecil di tandas berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, sebelum kejadian mangsa dan suaminya dalam perjalanan ke Kota Kinabalu dan berhenti seketika di stesen minyak untuk berehat dan menggunakan tandas.
Katanya, ketika mangsa sedang membuang air kecil, dia tersedar terdapat pergerakan mencurigakan di atas dinding tandas dan melihat sebuah telefon sedang membuat rakaman.
"Mangsa kemudiannya bergegas keluar dari tandas dan mengenal pasti lelaki disyaki melakukan rakaman itu.
"Dengan bantuan suaminya, lelaki itu ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Ranau dan serahkan kepada polis sementara mangsa membuat laporan susulan kejadian itu," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Simiun berkata, pihaknya membuka kertas siasatan dan menangkap semula suspek terbabit.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan/Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah (OKKNS)," katanya.
Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa waspada dengan kes seumpama ini yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab serta tidak bermoral.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Polis buru lelaki intai jiran mandi
- Lelaki mengamuk jiran pasang CCTV untuk intai isteri
- Tular video lelaki intai lelaki di tandas RnR
- Guru wanita terkejut, menjerit diintai lelaki dalam tandas ketika sambutan perbarisan hari kebangsaan
- Lelaki Palestin ditahan intai rumah pelajar wanita
- Geng intai wanita mandi bogel sejak 30 tahun tumpas
- Lelaki bujang kantoi intai isteri jiran dari belakang bilik mandi
- Remaja lelaki kantoi intai, rakam wanita dalam tandas
Join our Telegram Channel