DEMI mengaut keuntungan seorang lelaki tergamak menjual video lucah isterinya
di media sosial.
Video menunjukkan kemaluan yang dirakam di kebun teh Ciwidey, Bandung
Indonesia itu dijual dengan harga sekitar RM91 (300,000 rupiah) tanpa
pengetahuan isterinya.
Malah sejak jualan dilakukan, dia berjaya mengaut keuntungan hampir RM1,527 (5
juta rupiah).
Pun begitu, video tersebut menjadi tular awal Mei lalu selepas seorang remaja
kembali menjual video bogel terbabit.
Menurut pegawai polis, video yang dirakam itu pada asalnya bertujuan untuk
kegunaan peribadi.
Namun selepas beberapa bulan tidak mempunyai sumber pendapatan, lelaki
terbabit bertindak menjual video berkenaan.
"Dia membuat akaun media sosial bagi menjual video isterinya itu. Malah ia
dilakukan tanpa pengetahuan isteri.
"Dalam tempoh tiga bulan menjual video isterinya menunjukkan kemaluan, dia
berupaya mengutip hampir 5 juta rupiah.
"Isterinya hanya mendapat tahu tentang penjualan video selepas ia menjadi
tular di media sosial apabila seorang remaja kembali menjualnya sejak
September tahun lalu," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel